Seorang Yang Memahami Keupayaan Murid-MuridNya

Seorang Yang Memahami Keupayaan Murid-MuridNya

Siri – Renungan Seorang Guru Kristian

Bahagian 3: “SEORANG YANG MEMAHAMI KEUPAYAAN MURID-MURIDNYA”

Mari kita mengimbas kembali apa yang kita telah pelajari tentang Cikgu Yesus. Dia adalah seorang guru yang:

Menghargai ilmu

Dia selalu mencari dan mempelajari ilmu yang baru. Dia juga seorang guru yang rendah hati untuk belajar dari orang lain.

Mengenal panggilan Tuhan

pekerjaanNya adalah suatu pelayanan kepada Tuhan.

Melihat potensi murid-muridnya

Dia tidak mengajar murid-murid yang ‘baik’ sahaja tetapi lebih-lebih lagi mereka yang memerlukan bimbinganNya.

Sabra dan tekun mengajar

Dia tidak jemu mengajar pelajaran yang sama berulang-ulang kali sehingga murid-muridNya memahami dan menghayatinya.

Dengan ulangkaji yang ringkas ini, maka kita bersedia untuk meneruskan peninjauan kita tentang Cikgu Yesus.

Pengajaran Cikgu Yesus yang terakhir sebelum Dia disalibkan seperti yang dicatatkan dalam Yohanes 14-16 mengandungi banyak ajaran yang penting. Sebenarnya Cikgu Yesus ingin mencurahkan lebih banyak lagi ajaran kepada murid-muridNya semasa perjamuan malam Hari Raya Roti Tidak Beragi itu.

Namun begitu, Cikgu Yesus mengatakan, “Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya.” (Yohanes 16:12)

Dengan ini Cikgu Yesus menunjukkan bahawa Dia memahami keupayaan murid-muridNya dengan baik. Ini adalah ciri seorang guru yang baik. Cikgu Yesus selalu mempertimbangkan siapakah pendengar atau pelajarnya.

Apabila Dia mengajar orang ramai yang berbondong-bondong dating mengerumiNya, Dia banyak mengajar melalui perumpamaan-permumpamaan tentang peristiwa-peristiwa atau benda-benda seharian (Matius 13:1-3). Walaupun bukan semua pendengarNya dapat menangkap erti perumpamaan-perumpamaanNya, namun begitu cerita-cerita Cikgu Yesus senang difamai, menarik dan menggerakkan hati mereka kea rah hal-hal rohani.

Apabila Dia mengajar murid-muridNya yang terdekat dan yang lebih tersedia untuk mempelajari ajaran-ajaran yang lebih lanjut, Cikgu Yesus menerangkan erti perumpamaan-perumpamaanNya yang lebih mendalam (Matius 13:18-23) atau menyampaikan ajaran-ajaran baru (Matius 13:24-52, Matius 15:12-20)

Apabila Dia mengajar orang-orang Farsi, guru-guru agama, iman-iman kepala (chief priest) dan tua-tua bangsa (elders), Cikgu Yesus banyak mnepersoalkan fahaman dan ajaran-ajaran mereka. Dengan cara ini Dia merangkang mereka meikir semula pegangan-pegangan mereka dan membongkarkan kesalahan atu kemunafikan mereka.

Satu contoh yang ketara ialah di Matius 21:23-27. Semasa Dia sedang mengajar di Bait Tuhan satu rombongan iman-iman kepala dan tua-tua bangsa dating mencabarNya.

Mereka menanyakanNya, “Dengan kuasa manakah Engkau melakukan hal-hal itu? Dan siapakah yang memberikan kuasa itu kepadaMu?”

Dalam hal ini mereka mungkin sedang merujuk kepada peristiwa semalam apabila Cikgu Yesus telah mengusir semua orang yang berjual-beli di halaman Baik Allah (Matius 21:12-17).

Respon Cikgu Yesus ialah menanya kembali satu soalan kepada rombongan tersebut. KataNya, “Aku juga mengaju satu pertanyaan kepadamu dan jikalau kamu memberi jawabnya kepadaKu, Aku akan mengatakan juga kepadamu dengan kuasa manakah Aku melakukan hal-hal itu. Dari manakah baptisan Yohanes? Dari syurga atau dari manusia?”

Tengok kesan soalan ini terhadap pendengarNya: Mereka memperbincangkannya di antara mereka, dan berkata: “Jikalau kita katakana: Dari syurga, Ia akan berkata kepada kita: Kalau begitu, mengapakah kamu tidak percaya kepadanya? Tetapi jikalau kita katakan: Dari manusia, kita takut kepada orang banyak, sebab semua orang menganggap Yohanes ini nabi.”

Apakah yang telah dilakukan oleh Cikgu Yesus di sini? Dia memahami pendengarnya adalah orang yang bongkak dan ingin mencabarnya.

Jadi, tiada guna cuba mengajar meeka dengan kaedah memberitahu. Sebaliknya, dengan satu soalan yang menakjubkan dia menggerakkann meeka berfikir dan menilai fahaman meeka sendiri.

Lalu mereka menjawab Yesus: Kami tidak tahu. Sudah jelas, jawapan akhir rombongan itu menunjukkan begitu berkesannya soalan Tuhan Yesus mematahkan cabaran mereka.

Apakah kaitan hal ini dengan peranan kita sebagai seorang guru di sekolah atau maktab?

Setiap tahun kita mendapat berpuluh-puluh murid yang baru untuk diajar dan dididik. Perkara ini menjadi suatu kebiasaan sehingga senang bagi kita lupa bahawa pelajar-pelajar kita adalah orang yang mempunyai keupayaan yang berbeza-beza. Begitu juga setiap kelas mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

Di antara mereka terdapat murid-murid seperti ‘orang ramai’ yang perlu diajar dengan menggunakan kaedah yang paling senang. Tugas kita sebagai seorang guru bukan hanya menyampaikan banyak maklumat yang kita telah perolehi dari buku-buku. Tugas kita ialah mencari cara yang paling mudah dan jelas untuk menyampaikan perkara-perkara yang kompleks dan susah.

Ini bermakna seorang guru perlu selalu berfikir dan mencari idea-idea yang bau serta kreatif untuk menyampaikan pelajarannya. Dia juga perlu seperti Cikgu Yesus mengaitkan pelajaran di sekolah dengan kehidupan dan perkara-perkara seharian supaya murid-muridnya lebih senang menerima apa yang diajar.

Malang sekali apa yang boleh berlaku ialah seorang guru menyediakan satu set nota untuk tahun pertama pengajarannya yang kemudiannya di pakai untuk semua kelasnya tanpa menghiraukan keupayaan murid-murid dalam semua kelasnya. Selain itu, nota yang sama dengan kaedah yang sama diulangkan setiap tahun.

Seorang guru yang begini, walaupun sudah mengajar selama dua puluh tahun, sebenarnya tidak mempunyai dua puluh tahun pengalaman mengajar tetapi satu tahun pengalaman mengajar yang didarab dua puluh kali!

Ini ialah kerana dia tidak mempelajari perkara yang baru, tidak mencuba kaedah yang baru dan tidak menambah kepada bahan pengajarannya. Apa kata kita mengikut contoh Cikgu Yesus dan memberi bahan-bahan pengayaan seperti projek-projek dan tugasan-tugasan yang sesuai dengan citra rasa dan kebolehan mereka? Sudah tentu ini memerlukan masa dan usaha kita.

Akhir sekali, terdapat murid-murid yang seperti ‘iman-iman kepala dan tua-tua bangsa0. Mereka suka mencabar dan menguji anda. Adakah kita melawan balik, selalu mendenda mereka atau langsung tidak mengendahkan mereka?

Apa kata kita mengikut teladan Cikgu Yesus dan cuba memahami mengapa mereka bersikap demikian? Kemudian dengan soalan-soalan dan perbincangan yang sesuai mencabar mereka untuk menilai perbuatan dan tindakan mereka sendiri.

Saya tahu bahawa kesemua ini memerlukan lebih banyak masa dan tenaga daripada yang biasa diperlukan. Saya tahu bahawa kita semua mempunyai banyak tugas yang lain.

Tetapi kita perlu mengingatkan diri kita dari semasa ke semasa bahawa seperti Cikgu Yesus, tugas utama kita ialah mengurus manusia, iaitu murid-murid yang diamanahkan kepada kita oleh Tuhan. Kita perlu selalu berusaha memahami murid-murid kita dengan lebih mendalam dan jelas supaya kita boleh mengajar mereka dengan lebih efektif dan berkesan.

Jadi, jangan berhenti mengkaji murid-murid anda. Jangan berhenti belajar dari mereka! Jadilah kreatif! Jadilah kritis! Cikgu Yesus adalah contoh kita yang unggul.

 

Ng Kee Chuan dan Kwai Yok

Recent Posts

Start typing and press Enter to search