Kesaksian Sang Sigar

Kesaksian Sang Sigar

Segala pujian dan syukur kepada Dia yang maha kuasa dan maha pengasih atas berkat yang berkelimpahan dan kehidupan serta keselamatan di dalam nam Yesus Kristus Tuhan kita.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa SU dan yang berkenaan atas kesempatan yang diberi supaya saya dapat mencurahkan rahsia pekerjaan Tuhan di dalam kehidupan saya sejak usia muda ku sehingga tahun ini.

Saya dilahirkan serta dibesarkan di dalam keluarga Kristian. Ini bermakna bahawa saya telahpun dikenali sebagai seorang Kristian sejak hari kelahiran ku. Namun begitu, kehidupan ku sebagai seorang Kristian tidak mendatangkan apa jua kebaikan serta berkat kepada Tuhan dan juga keluarga saya.

Ini disebabkan kerana Tuhan Yesus bukanlah Raja dan Juruselamat bagi saya pada masa itu. Oleh itu perangai serta tabiat saya semacam kehidupan orang-orang kafir.1975 – 197 adalah dikenali sebagai tahun yang paling ‘gelap’ bagi diri saya sendiri. Pada tahun ini kelakuan saya bertambah dahsyat dan ini telah pun menguatirkan seluruh keluarga saya. Kerana saya melibatkan diri di dalam pencurian, pergaduhan dan lain-lain lagi.

Halleluya, puji Tuhan. Walaupun perkara ini semakin hari semakin dahsyat tetapi pada 1980, Tuhan di dalam kasihNya telah menjamah hidup ku sehingga saya dilepaskan daripada segala ikatan dosa.

Sejak saat itu Tuhan menjadi sebagai Raja dan Juruselamat yang sebenarnya di dalam kehidupan ku. O, puji Tuhan. Walaupun banyak godaan dan pencobaan serta kesusahan yang terus menimpa hidup ku, saya bertambah yakin kerana Dia di dalam kasihNya dan kuasaNya memberi kekuatan serta kemenangan yang berterusan. Selain daripada itu, kehidupan semakin bererti dan bermakna dan juga hubungan saya dengan Tuhan bertambah rapat.

Kini aku hidupberkelimpahan dengna kasih dan berkat daripada Dia yang maha pengasih dan maha kuasa. Sebelum mengakhiri ingin saya membawa saudara dan saudari bersama-sama saya merenungkan sebahagian firman Tuhan iaitu:

‘Sebab oleh kerana Ia sendiri telah menderita kerana pencobaan maka Ia dapat menolong mereka yang dicobai.’ (Iberani 2:18)

Dari itu, saya yakin dan percaya jika kita menyerahkan segala beban hidup (kerumitan, kekecewaan, kegagalan dan seterusnya), Dia akan memberi ketenangan serta kebebasan dan juga kehidupan yang berkekalan. Dengan itu, saya akhiri dengan ucapan salam doa semoga Tuhan memberkati kita semua. Amen.

Sang Sigar

Recent Posts

Start typing and press Enter to search