Fahami Kepercayaan Anda

Mengapakah kita Kristian?

Adakah kerana Kristian itu penuh dengan keseronokan – muziknya, lagunya, sorak gembiranya dan persaudaraan antara Kristian?
Atau adakah kerana agama Kristian adalah pedoman paling baik yang kita pernah jumpai dalam hidup ini? Ya, seperti Alkitab telah membantu kita memilih jalan yang betul, membuat keputusan yang betul, dan menyedari bahaya yang tersembunyi.
Mungkin kerana Yesus telah memberi kuasa cinta pada kita, sehingga dapat mengampuni sakit hati yang mendalam. Mungkin kerana Yesus memberi kita keselesaan yang tak setandingnya. Mungkin kerana Roh Kudusnya membolehkan kita hidup dengan sihat dan bermoral.
Ya, atas semua sebab yang disenaraikan di atas dan lagi.

SOALAN???

Sila klik pada pautan di sebelah kiri. Halaman ini akan sentiasa dikemaskinikan.
Adakah Tuhan beranak?

Umat Kristian mempercayai bahawa Yesus Kristus adalah anak Tuhan, mengikut ayat dalam Alkitab, ”Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Yesus tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.”— Yohanes 3:16

Adakah itu bermakna Tuhan telah beristeri dan melahirkan seorang anak. Tidak sekali. Apabila Alkitab merujuk kepada Yesus sebagai Anak, ia menunjukkan perhubungan istimewa antara Tuhan dengan Yesus.

Samalah seperti dalam Bahasa, apabila kita merujuk kepada ‘anak tangga’, ‘anak bulan’ dan sebagainya. Adakah kita bermaksud yang tangga telah beranak, dan bulan telah beranak menjadi dua? Tidak sekali.

Demikian juga, Anak Tuhan adalah Yesus Kristus yang dihantar khas untuk menyelamatkan umat manusia dari dosa.

Adakah Yesus hanya pengsan selepas disalib dan sedar semula dalam gua yang dingin?

Ada orang yang menuduh bahawa Yesus Kristus tidak mati disalibkan tetapi cuma pengsan. Dan dalam kedinginan gua, Dia telah pulih semula dan larikan diri dari gua.

Dalam Alkitab, kita baca bahawa, Yohanes 19:32 “Maka datanglah prajurit-prajurit lalu mematahkan kaki orang yang pertama dan kaki orang yang lain yang disalibkan bersama-sama dengan Yesus;” 19:33 “tetapi ketika mereka sampai kepada Yesus dan melihat bahwa Ia telah mati, mereka tidak mematahkan kaki-Nya,” 19:34 “tetapi seorang dari antara prajurit itu menikam  lambung-Nya dengan tombak, dan segera mengalir keluar darah dan air.”

Askar-askar tersebut telah memastikan bahawa Yesus telah mati disalib. Mereka juga menikam Yesus untuk menentukannya. Setelah ditikam, darah dan air mengalir keluar. Ini hanya boleh berlaku jika Yesus telah mati.

Katakan Yesus hanya pengsan. Maka kita perlu jawab soalan berikut: dapatkah dia pulih dengan segera dalam gua, kemudian menolak balik batu besar yang menghalang pintu masuk gua, lalu melawan dan mengatasi kesemua rombongan askar yang menjaga gua tersebut?

Yohanes 19:1, “Lalu Pilatus mengambil Yesus dan menyuruh orang menyesah Dia.” Yesus disebat dengan cambuk tajam yang mengoyakkan kulit dan dagingnya supaya darahnya mengalir keluar. Dalam keadaan lemah dan terseksa ini, Yesus disalibkan. Sambil bergantung di kayu salib, Yesus akan mengalami kesusahan bernafas kerana Dia terpaksa menolak pada kakinya yang dipakukan untuk menghembus keluar.

Tuduhan bahawa Yesus hanya  pengsan sahaja tidak dapat dipertahankan. Jika Yesus tidak mati disalibkan, mengapakah pengikut-pengikutnya yang sebelum itu merupakan penakut sekarang memberanikan diri menginjilkan dunia dan sanggup mati untuk menyebarkan berita baik Yesus? Tentulah kerana mereka telah melihat Yesus mati dan bangkit semula.

Adakah Yesus tidak disalibkan, tetapi Tuhan telah gantikan tempatnya dengan orang lain?

Ini adalah juga satu tuduhan yang tidak dapat dipertahankan. Penyaliban Yesus disaksikan oleh askar-askar Roma, pengikut-pengikut Yesus yang setia, paderi-paderi yang menuduh Yesus dan orang ramai yang setengahnya bencikan Yesus.

Adakah mereka semua ini tidak dapat mencamkan siapa orangnya yang digantung di salib? Pengikut Yesus telah bersamanya sekian lama. Ibu Yesus juga berada di sana: Yohanes 19:25 “Dan dekat salib  Yesus berdiri ibu-Nya  dan saudara ibu-Nya, Maria, isteri Klopas dan Maria Magdalena.”

Jika benar tuduhan tempat Yesus digantikan, ia akan bercanggah sekali dengan kepercayaan kita pada Tuhan yang benar, baik dan sayang (God of truth, goodness and love), kerana Tuhan akan telah menipu kami tentang kematian Yesus, dan menggantikan tempatnya dengan seorang yang mungkin kurang berdosa.

Yesus bukan seorang penakut yang meminta Tuhan menggantikan tempatnya dengan orang lain. Yesus telah rela disalibkan bagi menyelamatkan kami.

Adakah Yesus bangkit dari kematian?

Pertama, Yesus telah mati disalibkan. Kejadian ini dipersetujui oleh hampir semua sarjana yang mengkaji penyaliban dan penguburan Yesus.

Kedua, kubur Yesus didapati kosong bila pengikut-pengikutnya melawat kuburnya pada hari Ahad berikutnya. Jika mayat Yesus tidak bangkit, pihak berkuasa Yahudi tentu akan mempamerkan mayatnya dan agama Kristian akan tamat serta merta. Tetapi bila ditanya mana mayat Yesus, pihak berkuasa Yahudi cuma menjawab bahawa pengikut-pengikut Yesus telah mencuri mayatnya. Sekurang-kurangnya ini membuktikan bahawa mereka juga mengaku bahawa kubur itu kosong.

Ketiga, semua pengikut Yesus mengaku bahawa Yesus telah bangkit dan menampakkan diriNya kepada mereka. Dan kerelaan mereka untuk sanggup mati untuk pengakuan ini menunjukkan bahawa mereka benar-benar percaya bahawa Yesus telah bangkit dari kematian. Juga, musuh Yesus ketika itu, seperti Paulus, mengaku menampak Yesus ketika dalam perjalanan ke Damsyik.

Keempat, adakah mungkin pengikut-pengikut Yesus berhalusinasi bahawa mereka ternampak Yesus? Jika ya, tidak mungkin kubur itu kosong. Juga, pada satu ketika, Yesus menampakkan diriNya kepada 500 orang pada satu masa. Tidak munasabah mengatakan bahawa 500 orang berhalusinasi pada masa yang sama!

Kelima, mungkinkah orang yang pengikut-pengikut Yesus nampak itu bukan Yesus sebenarnya, tetapi orang lain? Jika begitu, kubur tidak mungkin kosong. Juga, pengikut Yesus telah bersamaNya selama 3 tahun. Tentulah mereka boleh mengenal Yesus.

Kebangkitan Yesus adalah penjelasan yang paling baik berdasarkan bukti-bukti sejarah ini.

Adakah Yesus mendakwa diriNya Tuhan?

Dalam Matius 16:13, Yesus bertanya kepada pengikut-pengikutNya, “Menurut kata orang siapakah Anak Manusia itu?” Dan dalam Matius 16:16, Simon Petrus menjawab, “Guru ialah Penyelamat yang diutus oleh Allah, Anak Allah Yang Hidup.”

Dan Yesus tidak menafikannya, tetapi sebaliknya menjawab, “Hai Simon anak Yohanes, berbahagialah engkau! Bukannya manusia yang memberitahukan hal itu kepadamu, tetapi BapaKu di syurga yang memberitahumu.” (Matius 16:17)

Yohanes 1:1 bertulis, “Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah.” Dalam Injil Yohanes, Firman itu merujuk kepada Yesus. Yohanes 1:14 membaca, “Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaanNya, kemuliaan yang diterimaNya sebagai anak tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita.”

Markus 14:61- 62 menceritakan, “… Sekali lagi Imam Agung bertanya kepadaNya, “Kamukah Penyelamat yang diutus oleh Allah, Anak Allah Yang Maha Suci?” Yesus menjawab, “Ya! Kamu semua akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa, serta datang dikelilingi awan dari langit!”

Maka, daripada ayat-ayat ini dan lain, Yesus mendakwa DiriNya sebagai Tuhan.

Adakah kerana Adam berdosa, maka semua umat manusia berdosa?

Alkitab mengajar bahawa tiada manusia yang bertanggung jawab ke atas dosa bapanya. (Ulangan 24:16; Yehezkiel 18:20). Ini bererti manusia tidak bersalah atas dosa Adam. Apabila kita dihakimi, kita akan dihakimi oleh dosa sendiri, tetapi dosa Adam lah dari mana semuanya bermula.

Adam dicipta dalam imej Tuhan, tetapi imej ini terhancur apabila Adam berdosa. Dan umat manusia telah mewarisi imej rosak ini. Oleh sebab itu, manusia bercenderungan untuk berdosa dan perlu diselamatkan dari dosa mereka sendiri.

Adakah Tuhan adil jika dosa kecil dan besar dihakimi dengan hukuman sama?

Mengikut ajaran Alkitab, dosa itu bukan sahaja melakukan perkara salah. Dosa adalah pemberontakan melawan Tuhan. Kematian bukan semata-mata hukuman untuk dosa tetapi adalah akibatnya. Tuhan tidak menghukumi kita kerana kita melintas jalanraya apabila lampu isyarat masih merah, tetapi kita dilanggar kereta sebagai akibatnya.

Sama seperti seorang bapa mencintai anaknya walau apapun yang dilakukan anaknya, Tuhan juga mencintai kita walau apapun yang kita telah lakukan. Seorang bapa akan mencintai anaknya walaupun anaknya seorang pencuri. Bapa itu mungkin juga menyerahkan anaknya kepada polis tetapi ini adalah kerana cinta dan harapan pemulihan anaknya. Dengan cara sama, Tuhan mencintai umat manusia walaupun manusia berdosa dan Dia membenarkan manusia menanggung akibatnya supaya mereka boleh bertaubat dan bertukar jadi baik.

Tuhan penuh belas kasihan dan keadilan. Dia menawarkan belas kasihan kepada setiap manusia berdosa tetapi pada masa yang sama, menuntut keadilan untuk setiap dosa. Tuhan menjadi penyelesaiannya apabila Dia menanggung akibat dosa ke atas diri sendiri. Akibat dosa adalah kematian, dan Tuhan rela berkorban diri untuk semua anaknya.

Tuhan adalah suci. Dia tidak berkenan dengan dosa. Syurga adalah tempat yang sempurna. Orang berdosa tidak boleh ke syurga.

Jadi, adakah harapan untuk orang berdosa? Hanya melalui rahmat Tuhan.

Tetapi mengapakah Dia memberi saya rahmatNya? Kerana Dia mencintai anda.

Mengapakah Dia mencintai saya, sedangkan saya seorang yang berdosa? Kerana Dia adalah Bapamu.

Jika Tuhan mengampuni segala dosa, mengapakah Kristian perlu berbuat baik sedangkan mereka boleh melakukan kesalahan sesuka hati?

Adakah anda menyayangi emak kamu? Jika emak anda menyuruh kamu membuat sesuatu, seperti menyapu lantai, apakah yang anda fikir akan membuat dia gembira: anda menyapu lantai kerana kamu mencintainya, atau anda menyapu lantai kerana anda takut dia akan mendenda kamu?

Ketaatan Kristian kepada Tuhan adalah berdasarkan tanpa paksaan atau ketakutan, tetapi dengan kerelaan dan cinta pada Tuhan. Apabila kita menerima Injil dan hidup sebagai anak Tuhan, Tuhan Bapa akan mengubah hati kita supaya kita berpaling dari hidup berdosa.

Bagaimanakah Yesus boleh mati bagi pihak dosa manusia?

Seorang manusia tidak boleh menanggung dosa orang lain. Tetapi Yesus bukan manusia. Sebaliknya, Yesus adalah Tuhan dan Tuhan boleh mengampuni dosa.

Adakah adil bagi Tuhan memindahkan dosa seseorang kepada Yesus? Kehidupan harian penuh dengan contoh orang menanggung beban bagi pihak orang lain. Contohnya, seorang membuat pinjaman bank dan terpaksa mencari seorang penjamin, biasanya seorang bapa atau emak. Jika dia gagal membiayai hutang, beban itu akan terjatuh ke atas penjamin.

Dengan cara yang sama, Injil mengajar bahawa apabila kita bersalah atas dosa-dosa kita, hutang kita diambil alih Tuhan, yang telah membiayainya apabila Yesus disalibkan.

Seorang anak mencuri duit dari bapanya dan menghabiskannya. Kemudian anak itu bertaubat dan meminta ampun. Bapanya mengampuninya kerana dia anaknya. Tetapi duit yang kurang itu masih perlu digantikan. Bapa itu boleh menggantikan duit yang dicuri dengan duitnya sendiri.

Kita adalah seperti anak itu, dan Tuhan adalah bapa itu. Dalam belas kasihanNya, Tuhan mengampuni dosa-dosa kita. Upah dosa adalah kematian, dan Tuhan mati bagi pihak kami, menyelesaikan hutang kami.

Apakah itu Tuhan Tritunggal?

Doktrin Tritunggal mengatakan bahawa Tuhan adalah tiga ‘persons’ dalam satu ‘being’. Contohnya, saya adalah satu ‘being’, seorang manusia. Saya juga adalah satu ‘person’, Petrus, contohnya. Maka, saya adalah satu ‘being’ dengan satu ‘person’, seorang manusia yang bernama Petrus. Tetapi Tuhan adalah Bapa, Anak dan Roh Kudus. Tuhan adalah tiga dalam satu.

Dalam hidup kita, ada contoh-contoh seperti tritunggal. Pada suhu dan tekanan tertentu, iaitu pada ‘triple point of water’, air cecair, ais pepejal dan wap air boleh wujud serentak dalam keseimbangan. Air itu satu, tetapi ia wujud dalam tiga keadaan serentak pada takat ‘triple point’.

Dalam Alkitab, pengikut-pengikut Yesus diseru dalam Matius 28:19, “Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikutKu. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Allah.”

How can we sure the Bible is God’s Word, and not just a collection of religious writings by men?

When we say that the Bible is “inspired”, we mean more than that it is “inspiring”. We are saying that the Author behind the Bible is God Himself, though He has employed human agencies in the production of it. We compared that to the analogy of a treasure in an earthen vessel. The container God uses is imperfect men but the content He imparts is perfect divine truths. God speaks through the limitations of human vessels, but the Holy Spirit enables us to look beyond the humanity of the containers to the content of divine revelation.

There are some arguments to support the claim that the Bible is no ordinary human writings:

  1. Testimony of Christ: Jesus Himself accepts OT scripture as God’s Word (Mt 5: 18, Jn 10: 35)
  2. Internal testimony: Scriptures make the claim to be God’s Word.
  3. Fulfilled prophecies: of Israel’s and world history before Christ and of Christ Himself; also subsequent history after NT.
  4. Unity of Scriptures: despite the many authors (40+) and time span (1500 years), the Bible has one central message: God is love and forgiving and seeking to restore sinners back to fellowship with Him.
  5. Ethical superiority: biblical ethics form the foundation of western civilization.
  6. Changed lives: where the Bible has been read, lives have been transformed.
  7. Historical reliability: despite critics’ attempts to relegate Bible stories to mythology, archaeological discoveries to date have continually attest to the historical accuracy and reliability of biblical stories.

Scripture references: 2 Tim 3: 16 – 17

– from Alpha materials

 

Start typing and press Enter to search