Bertumbuh di Tanah Gersang Penempatan Guru

Bertumbuh di Tanah Gersang Penempatan Guru

Baru-baru ini, saya menerima suatu panggilan telefon daripada seorang bekas guru pelatih saya yang telah menceritakan pengalaman penempatannya yang pertama.

“Saya tidak tahu di mana kampong yang saya ditempatkan. Maka, apabila saya sampai ke pecan kecil Pitas, maka saya menanya orang di situ di mana saya boleh mendapat kereta awam ke kampong itu. Sambil tersenyum mereka berkata: ‘Adik, tiada kereta boleh masuk situ, bah, jalan kaki sahajalah!’”

Ini bukan kes yang istimewa tetapi pengalaman yang dihadapi oleh beribu-ribu guru baru setiap tahun. Guru-guru Kristian juga tidak terkecuali daripada pergumulan ditempatkan ke sekolah pendalaman yang terpencil dari “tamadun moden”.

Bagaimanakah kita sebagai guru-guru Kristian dapat menangani keadaan yang sedemikian supaya kita bukan sahaja dapat ‘tahan dua atau tiga tahun di tanah gersang’, malah menjadikan masa kami di sana sebagai suatu pengalaman yang positif dan membina?

Biar saya mengongsi beberapa syor yang saya harap dapat menolong anda yang dalam keadaan begini atau yang akan menghadapi keadaan ini pada masa kelak.

PERSPEKTIF YANG POSITIF DAN ALKITABIAH (BIBLICAL)

“Mengucap syukurlah dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki Allah di dalam Kristus Yesus bagi kamu.” (1 Tesalonika 5:17). Ayat ini mendorong kita untuk mencari dan mengamalkan perspektif yang positif terhadap cabaran-cabaran hidup kita walaupun keadaan yang kita hadapi itu nampaknya tidak ada kebaikan.

Kita patut sedar bahawa segala yang berlaku ke atas diri kita mesti melalui saringan kehendak Allah dahulu. “Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah.” (Roma 8:28)

Sekiranya kita tidak mempunyai perspektif yang positif ini, kita tidak mungkin menerima berkat Tuhan yang tersedia untuk kita.

“Jagalah supaya jangan ada seorang pun menjauhkan diri dari kasih karunia (grace) Allah, agar jangan tumbuh akar yang pahit yang menimbulkan kerusuhan dan yang mencemarkan banyak orang.” (Ibrani 12:15)

Kita tidak akan dapat mengecapi berkat Allah sekiranya kita membiarkan roh yang pahit dan negative menular di dalam batin kita. Jika kita selalu makan makanan yang pahit dalam jiwa kita, maka lama kelamaan segala yang kita rasakan adalah ditumpulkan oleh ‘akar yang pahit’ itu. Maka, kita mesti mencabut akar yang pahit itu dari jiwa dan roh kita.

Ayat ini juga mengatakan bahawa roh yang pahit boleh berjangkit kepada orang lain. Inilah yang berlaku apabila guru-guru saling mengadu nasib mereka ditempatkan di kawasan terpencil. Mereka saling menjangkiti penyakit ‘akar yang pahit’. Lama kelamaan mereka menjadi semakin negative tentang penempatan mereka. Patutkah kita sebagai guru-guru Kristian menjadi pembawa penyakit ini?

Berhenti sejenak sekarang dan renungkan sama ada anda patut mengubah perspektif yang negative kepada perspektif yang positif dan alkitabiah.

ADA PENGAJARAN DAN LATIHAN PEMURIDAN DI TANAH GERSANG GURUN

Kita dapat lihat ramai juga tokoh-tokoh Alkitab yang mengalami pengalaman di tanah gersang (wilderness experience) gurun. Tuhan Yesus sendiri sebelum Ia emlancarkan pelayanan umumnya melalui pencobaan di tanah gurun (Markus 4: 1 – 11).

Begitu juga, Musa dipersiapkan untuk pelayanan penting memimpin anak-anak Israel lkeluar dari tanah Mesir melalui pengalaman di tanah gersang Midian sebagai seorang gembala kambing (Keluaran 2: 11 – 3: 1).

Daud belajar menghargai hadiran Allah apabila dia menjaga domba-domba (1 Samuel 16:11) sehingga dia menulis: “Satu hal telah kuminta kepada TUHAN, itulah yang kuingini: diam di rumah TUHAN seumur hidupku, menyaksikan kemurahan TUHAN dan menikmati baitNya.” Itulah menjadi hasrat utama kehidupan Daud untuk mengenal Allah dengan erat sekali. Tidak ada hasrat yang lebih mulia daripada itu.

Di dalam kehidupan saya sendiri, saya dapati bahawa terlalu banyak hal yang mengalih perhatian saya daripada Allah. Bagi saya, salah satu sumber utama ialah kaca TV. Banyak masa yang ditelan melihat program-program TV. Saya pernah anggap TV sebagai alat asai dalam kehidupan saya.

Tetapi apabila saya dipindha ke tugas baru saya di Sabah, saty tidak memiliki sebuah kaca TV. Untuk beberapa minggu yang pertama itu, saya seperti  penagih yang mengalami ‘withdrawal symptom’. Malam menjadi sangat panjang dan saya rindu sekali menonton TV.

Pada masa itulah saya mula meluangkanlebih banyak masa bersekutu dengan Allah, membaca FirmanNya dan berdoa. Saya tidak tergesa-gesa menghabiskan masa saya dengan Allah. Lantaran ini banyak lagi hal yang saya boleh lakukan tanpa TV. Kini sudah 8 bulan tanpa TV dan saya tidak lagi rindu akannya.

Ini tidak bermaksud saya sedang mempelopori bahawa semua orang patut menjual kaca TV mereka. Saya hanya ingin menarik pembelajaran dan pengalaman saya iaitu bahawa pengalaman di tanah gersang boleh menjadi peluang bagi kita mengenali Allah dengan lebih dekat tanpa ditarik perhatian kita oleh semua sumber-sumber cubaan yang sedia ada di bandar besar.

Yusuf dijual ke ‘tanah gersang’ Mesir (Kejadian 37 – 41). Rasul Paulus berada di ‘tanah gersang’ Tarsus selama 9 tahun tanpa dikenali atau diterima dalam pelayanan (Kisah Para Rasul 9: 26 – 30, 11: 25 – 26).

Pengalaman tokoh-tokoh iman Alkitab yang direkodkan dalam Firman Tuhan (God’s Word) mengajar kita bahawa terdapat rencana Tuhan untuk mengajar kita menjadi murid-muridNya yang lebih kuat dan matang melalui pengalaman di tanah gersang.

“Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada Ku mengenai kamu, demikianlah firman Allah, yaitu rancangandamai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan…” (Yeremia 29:11)

Berhenti sejenak di sini dan berdoa agar Tuhan akan menunjukkan kehendakNya untuk anda.

BELAJAR SATU KEMAHIRAN YANG BARU

Walaupun kita berada di kawasan yang terpencil, kita masih boleh belajar satu kemahiran yang baru. Anda boleh belajar komputer (beli satu ‘lap top’ atau ‘note book’) dan buku-buku bimbingan komputer. Bukanlah terlalu susah untuk belajar komputer dengan sendiri.

Apa kata belajar satu alat muzik (gitar dan lain-lain)z? Atau sesuatu seni? Origami adalah suatu kemahiran yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga boleh dipakai dalam profesion perguruan kita. Sekiranya anda berkecenderungan untuk melanjutkan pelajaran anda, anda boleh belajar membuat kajian berstatistik dan menulis artikel-artikel untuk majalah mengenai pengalaman pengajaran anda di pendalaman.

Maka jangan membazirkan masa anda. Banyak kemahiran yang anda boleh pelajari sendiri dengan masa bebas yang lebih banyak di pendalaman. Kita semua memerlukan sesuatu sasaran untuk mencabar dan mendorong kita. Begitulah juga apabila kita ditempatkan di sekolah yang terpencil sedikit.

Berhenti sejenak sekarang dan fikirkan apakah kemahiran baru yang anda ingin pelajari tahun ini.

SEDIAKAN SUMBER-SUMBER KEROHANIAN

Salah satu masalah terbesar yang dialami oleh guru-guru Kristian yang ditempatkan di sekolah pendalaman ilah kurang persekutuan dan dorongan rohani. Ada tempat di mana tidak terdapat gereja atau orang-orang Kristian. Oleh kerana ini, ada guru-guru Kristian yang mengalami kemunduran iman (faith) sehingga menjadi tumpul dalam kehidupan rohani mereka. Mereka mengalami kesejukan rohani yang boleh menjatuhkan iman mereka.

Oleh sebab ini, kita mesti menyiapkan diri dengan sumber-sumber rohani yang dapat menolong kita bertumbuh secara rohani.

Melaburkah dalam buku-buku dan kaset=kaset rohani. Pada akhir artikel ini saya telah menyenaraikan beberapa buku permulaan yang boleh menolong mendalami kehidupan rohani anda.

Selain daripada ini, anda juga boleh mendengar rancangan rohani di radio. Saya mengesyorkan anda membelikan satu radio kaset yang mempunyai ciri sensitif kepada kepada jalur gelombang SW2. Anda dapat mendengar program-program Kristian setiap hari melalui pelayanan radio Kristian seperti:

  • KTWR (SW2 – 14 300: bahasa Inggeris dari 3.45 petang hingga 5.00 petang; bahasa Indonesia dari 5.30 petang hingga 7.00 petang)
  • FEBC (SW2 – 9780: bahasa Indonesia dari 6.00 pagi hingga 7.00 pagi)
  • KTWR (SW2 – 14 480: bahasa Indonesia dari 7.00 petang hingga 9.00 petang)

Berhenti sejenak sekarang dan menentukan apakah sumber rohani yang anda ingin persiapkan untuk diri sendiri.

MEMBENTUK RANGKAIAN GURU KRISTIAN SEBAGAI TEMAN DOA

Salah satu perasaan yang melanda guru-guru Kristian yang terpencil ialah mereka terasa seperti tidak ada orang yang mengambil berat tentang dirinya. Oleh sebab ini, adalah perlu anda membentuk rangkaian guru-guru Kristian yang dalam keadaan yang sama seperti anda atau yang mempunyai beban untuk guru-guru seperti anda. Melalui surat-surat dan doa mereka anda akan dapat mengelakkan dari perassan kesendirian.

Tetapi bagaimanakah anda dapat mencari guru-guru seperti ini? Hadirilah khemah-khemah anjuran Teachers’ Christian Fellowship (TCF) semasa cuti sekolah dan anda akan dapat mengenal guru-guru Kristian yang lain. Berusahalah untuk menjalin persahabatan dengan mereka dan mula menulis surat kepada satu sama lain selepas khemah tersebut. (Hubungilah TCF dengan menggunakan alamat yang tercetak dalam majalah ini mengenai aktiviti masa cuti yang anda dapat melibatkan diri.)

Sekiranya anda masih di Universiti atau Maktab mulalah menjalin persaudaraan dengan bakal-bakal guru Kristian di sana dan kekalkanlah persaudaraan itu selepas anda semua ditempatkan ke sekolah masing-masing.

Kita memerlukan satu sama lain untuk terus berkhidmat sebagai guru-guru Kristian yang setia kepada Tuhan kita. Untuk guru-guru Kristian yang ditempatkan di bandar-bandar saya ingin mencabar anda untuk mengambil seorang guru Kristian yang ditempatkan di kawasan yang terpencil sebagai ‘anak angkat’ anda. Hubungi mereka dan doronglah mereka.

Berhenti sejenak dan menetapkan guru Kristian yang mana anda boleh mengekalkan perhubungan melalui surat atau telefon.

AKHIR KATA

Berkhidmat sebagai seorang guru di kawasan yang terpencil bukanlah satu perkara yang senang. Tetapi ingatlah ayat ini dalam Kolose 3:23: ‘Apapun juga yang kamu perbuat, perbuatlah dengan segenap hatimu seperti untuk Tuhan dan bukan untuk manusia’. Untuk memuliakan Tuhan kita,kita mesti pemgawasi kehidupan rohani kita supaya senantiasa kuat dan teguh. Inilah cabaran bagi kita guru-guru Kristian sama ada kami ditempatkan di bandar atau di pendalaman.

 

 

Ng Kee Chuan

In Step Vol 6 No 2, 1994

Recent Posts

Start typing and press Enter to search